`Cerita Paskah: Ianya sudah Selesai!’

image 1

Kita hidup dalam zaman yang penuh cabaran. Cerita ketidakstabilan politik, bencana alam & golakan kewangan mengisi berita utama. Keluarga dan perkahwinan yang retak sementara kesakitan dan penyakit boleh menyerang sesiapa saja, bila-bila masa. Apakah tidak ada jawapan untuk persoalan dan kebuntuan manusia?

Tentu ada. Ia dirangkumi dalam kisah abadi dari kisah Paskah.
CALVARY membawa anda “ Kisah Paskah – Ianya sudah Selesai!”

Datanglah dan dapatkan jawapan kepada cabaran peribadi anda. Alami perubahan melalui keagungan cerita kasih Tuhan terhadap semua manusia. Yesus Kristus, Anak tunggal Tuhan,mampu membawa erti yang baru dan harapan kekal kepada hidup anda!


Dengan gubahan pementasan yang mengagumkan, dilengkapi dengan layar LED dan kilauan lampu yang kreatif, konsert ini, sesuai untuk seisi keluarga, berlegar pada kisah Paskah yang berlaku hampir 2000 tahun yang lalu. Sekarang kisahnya disampaikan dengan adegan semasa melalui nyanyian yang menggembirakan, tarian menawan dan elemen dramatik yang menghayat hati.

 

 

Pementasan selama tiga malam berturut-turut, 22-24 April 2011, di Wisma San Choon, Wisma MCA, Jalan Ampang, `Kisah Paskah: Ianya sudah Selesai!’ mendendangkan lagu-lagu yang dipenuhi dengan lirik dan melodi yang memberangsangkan seperti `Kemudian & Sana’, ` Waktu Pertama Alami Kasih Karunia ’ dan `Domba Korban’. Persembahan konsert ini adalah suatu adaptasi persembahan asal “Kemudian & Sana, Lunas & Selesai” dicipta oleh pengubah lagu dan pengatur terkenal, Geron David & Bradley Knight.

Produksi ini, dengan kemasukan percuma, dibawa khas kepada anda oleh Gereja Calvary Kuala Lumpur yang lebih daripada 2 dekad terakhir telah menghasilkan persembahan muzikal Paskah terkenal yang lain seperti `Bersukacitalah Ianya Paskah’, ` Sebuah Cinta Abadi’, `Hati Seorang Bapa’ dan `Hidup Dalam Kuasa’. `Cerita Paskah: Dia Hidup!’ pada tahun 2009, melihatkan kehadiran melebihi 9,000 orang.
 

 

image 2

Untuk membantu hadirin memahami bagaimana Kisah Paskah masih relevan bagi kita kini, Rev Tan Sri (Dr) Prince Guneratnam, Senior Pastor dari Gereja Calvary, akan menyampaikan khutbah yang memberi pengharapan setiap malam. Khutbah tersebut yang akan diterjemahkan dalam bahasa Kantonis dan Bahasa Malaysia sekaligus, akan mengubah seseorang secara positif, tanpa mengira usia.

Sebelum ini, ramai pengunjung , mahupun orang asing dan tempatan, telah mendapati persembahan Muzikal Paskah Calvary menarik dan bermakna. Orang ramai diingatkan agar datang awal. Kemudahan LRT sedia ada ke Wisma MCA.

Sehubungan dengan hari Minggu Paskah, 24 April, Calvary juga akan mengadakan Kebaktian Perayaan Paskah pada jam 10 pagi di tempat yang sama. Perayaan Keriangan Paskah untuk kanak-kanak berusia 5-11 tahun dan penjagaan anak berusia 4 bulan – 4 tahun turut disediakan. Kemasukan bagi servis khas ini juga percuma.
 

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03 7728 6000 atau 7727 3948 dan bercakap dengan Christine (ext 305)
atau Angela (ext 315).

Location Map


ENG | BM | CHINESE